Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Asia_Jaya

Lokasi

Stesen Asia Jaya terletak di selatan Seksyen 14 Petaling Jaya, Selangor. Stesen ini terletak kira-kira 300m dari persimpangan Jalan Barat Lebuhraya Persekutuan. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah Seksyen 14 Petaling Jaya, Seksyen 51A Petaling Jaya, pejabat Tenaga Nasional (TNB) cawangan Petaling Jaya, Wisma Lotus, Wisma LYL, City University of Malaysia, Menara Axis, Menara PJ8, Hotel Armada Petaling Jaya, Hotel Sheraton Petaling Jaya, Hotel Hilton Petaling Jaya, The Istara Condominium, Brickfields Asia College (BAC) kampus Petaling Jaya, Kuil Sikh Gurdwara Sahib Petaling Jaya, pangsapuri Millenium Square dan Menara Jaya.

Pelan stesen

L2
Platform
KJ Arah Timur Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Taman Jaya)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Barat Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Paramount)
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T786 dan T787 berkhidmat di stesen ini. Bas Seranas laluan 700; bas Wawasan Sutera laluan 710; dan bas RapidKL laluan 750, 770, 772, 780 berkhidmat di hentias bas Asia Jaya bagi bas ke Kuala Lumpur dan hentian bas Menara PJ8 bagi bas ke Subang Jaya/Klang. Bas PJ City laluan PJ01 dan PJ02 berkhidmat di hentian bas Asia Jaya bagi bas menghala ke utara sahaja.